Baca Novel Tersuka Tanpa Sengaja karya Pena Kayu terbitan Idea Kreatif secara online. Drama terbaru di Astro Ria berjudul Tersuka Tanpa Sengaja telah mula bersiaran pada Isnin, 7 Disember 2015. Drama adaptasi dari Novel 'Tersuka Tanpa Sengaja' ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam selama 16 episod di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Anda juga boleh Baca Novel Tersuka Tanpa Sengaja Online Drama Astro ini di bawah ini.

Baca Novel Tersuka Tanpa Sengaja Online Drama Astro


Jika suka dengan novel ini, anda boleh beli secara online di Idea Kreatif.
sinopsis Tersuka Tanpa Sengaja Online Drama Astro

SINOPSIS TERSUKA TANPA SENGAJA

Drama terbitan Suhan Movies ini di bintangi oleh ramai pelakon terkenal. Antaranya Amar Baharin, Emma Maembong dan Amyra Rosli.

Watak Pelakon

  • Amar Baharin - Doktor Syed Arif
  • Emma Maembong - Farhah
  • Amyra Rosli - Katrina
  • Hafreez Adam - Doktor Armand
  • Natasha Elyzza - Azrina
  • Azri Iskandar - Dato' Alias
  • Kuza - Datin Khalida
  • Watie Sadali - Kak Naila
  • Ajeera Rosli - Linda
Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari di atas kaki sendiri disebabkan perselisihan faham dengan ayahanya. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tapi ibu tirinya sentiasa mengambil tahu tentang Farhah. Lebih menyakitkan hati bila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya sewaktu sedang sakit. Farhah tidak setuju dengan rancangan ayahnya lalu si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi dipandang sepi Katrina.

Pertemuan pertama Farhah dengan Syed Arif tidak sebaik mana kerana mereka berselisih pendapat. Disebabkan perkara itu telah menarik perhatian Arif dimana Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan ibunya. Mulanya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai antara satu sama lain tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam. Ayahnya marah dan menolak daripada menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tanpa berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda, Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Katrina kepada Arif. Namun hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oleh Katrina. Katrina tidak dapat menerima hakikat bahawa Arif telahpun berkahwin.

Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand.