Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Thursday 25 February 2016

Hadiah Sastera Perdana <b>Malaysia</b> 2014 : <b>Novel</b> | mimbar kata - Blog Novel Malaysia

Hadiah Sastera Perdana <b>Malaysia</b> 2014 : <b>Novel</b> | mimbar kata

Posted: 11 Feb 2016 02:03 AM PST

Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014 (Novel)

PENDAHULUAN

Penerbitan karya novel dalam tempoh penilaian tahun 2014 tidak jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Dalam penerbitan novel di Malaysia, agensi penerbitan utama khususnya, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia-PENA, terus menerajui penerbitan karya-karya yang bermutu tinggi seterusnya menyediakan bahan bacaan yang bermanfaat kepada masyarakat di samping dapat memartabatkan bahasa dan kesusasteraan kebangsaan.

Dalam tempoh tahun penilaian ini Panel Penilai telah menerima sebanyak 44 buah novel yang diterbitkan oleh beberapa buah penerbit. Novel-novel itu adalah 13 buah (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka), 13 buah (ITBM-PENA), 6 buah (Gedebook), 3 buah (Kaki Novel Sdn. Bhd.), 2 buah (Anggun Publishing), 2 buah (JS Adiwarna), 2 buah (NB Kara), dan masing-masing sebuah novel diterbitkan oleh Pustaka Kansun Mahfiyyan, Moka Mocha Ink, Aras Mega, Galeri Ilmu, Karangkraf, Mohd Bakarudden Kader, Budiman dan Hajat Enterprise.

KRITERIA PENILAIAN

Penilaian ditumpukan kepada kekuatan dalam penghasilan aspek penampilan watak positif dan bersifat dinamik dalam lingkungan masyarakat. Penilaian juga diberikan pada aspek persoalan dan penampilan watak dalam novel dengan penerapan nilai pemikiran, etika dan visi hidup yang positif. Pengiktirafan karya yang menggambarkan pencapaian unggul, memuatkan nilai pemikiran tinggi, berupaya memberikan gagasan yang besar dan mencabar daya intelektual pembaca. Persoalan dikemukakan juga relevan dengan masyarakat dan memancarkan semangat zaman dengan nilai dan memberikan petanda aras cenderung kepada isi teks yang memberi manfaat dan tidak sekadar eksperimen estetika dan artistik semata-mata.

Dalam aspek keindahan estetika, karya seharusnya mempunyai nilai kesatuan yang utuh, kompleksiti dan mempunyai keseimbangan yang menjadi dasar ciptaan karya. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, para ahli panel berpandangan bahawa kompleksiti bukanlah suatu nilai estetika yang mutlak kerana simplisiti juga mempunyai nilai yang baik sekiranya ada sifat organik dengan persoalan dan pemikiran, namun karya yang kompleks tetap dianggap mempunyai kelebihan dengan kewujudan kesatuan secara menyeluruh. Kreativiti pengarang dalam memanfaatkan aspek latar, watak, bahasa, plot, sudut pandangan, dan persoalannya perlu disebatikan antara satu dengan lain. Khalayak tanpa batasan zaman akan dapat pengalaman estetik dan intelektual daripada unsur-unsur ini. Kesan yang diperoleh pula tidak mendatar, sebaliknya dapat mencerakinkan pemikiran pembaca. Di sinilah nilai karya tersebut menjadi amat tinggi. Keupayaan pengarang memanfaatkan penggunaan teknik kepengarangan yang bervariasi bagi menyerlahkan tema dan persoalan yang dikemukakan turut diambil kira. Aspek keseimbangan, keindahan moral dan kemanusiaan antara penilaian yang turut diberi perhatian.

Unsur intelektual yang digarapkan tanpa meninggalkan nilai emosi dalam sastera, di samping aspek makna atau lambang yang diperteguh secara langsung dan tidak langsung akan memberikan kekuatan kepada makna sesebuah karya. Kaedah kajian dan pemerhatian tajam turut menyerlahkan kekuatan karya. Unsur intelektual dalam konteks ini bermaksud keupayaan karya menggugah daya fikir pembaca untuk merenungi pengertian baharu berdasarkan imej dan unsur yang terkandung dalam karya. Ia juga secara tidak langsung dapat berfungsi sebagai medium penyebaran ilmu secara kreatif untuk dinikmati khalayak. Justeru, karya yang kurang ditunjangi aspek pemikiran, mengemukakan kisah yang ringan, simplistik pemikirannya, serta dibumbui unsur-unsur picisan, tidak wajar dijadikan sebagai penanda aras zamannya. Justeru, aspek intelektual dan keseriusan pemikiran dapat menjadikan karya tersebut bersifat indah dan ampuh.

Karya sastera yang baik juga mampu menggugah sifat manusiawi dengan terapan nilai emosi secara halus dan tulus. Aspek ini akan memberikan pengalaman rasa dan jiwa pembaca untuk menelusuri karya dengan mendalam dari aspek kejiwaan dan batiniah. Kejayaan pengarang membawa masuk nilai emosi ke sanubari pembaca akan menghidupkan watak dan peristiwa secara segar. Teknik naratif yang baik akan pasti menguatkan unsur-unsur ini.

Panel Penilai menggunakan asas penilaian tersebut sedapat mungkin bagi memilih karya terbaik dalam kalangannya. Barangkali matlamat tersebut tidak dicapai sepenuhnya, namun itulah harapan yang ditetapkan agar pemilihan karya pemenang nanti dapat diterima secara konsensus oleh khalayak yang celik sastera. Panel Penilai menyedari bahawa keputusan penilaian tidak sepenuhnya objektif, tetapi yang lebih utama daripada keputusan adalah proses pemilihannya yang rapi dan tepat.

PENILAIAN KESELURUHAN

Panel Penilai pada peringkat saringan telah membaca 44 buah novel terbitan daripada pelbagai penerbit pada tahun 2014. Panel Penilai mendapati sebahagian besar novel ini mengemukakan tema yang lazim dikemukakan oleh para penulis. Persoalan yang dikemukanan antaranya adalah diaspora Melayu dan Islam yang berlatar belakang negara China semasa pemerintahan Dinasti Ming, politik Melayu, kasih sayang, dunia kampus, kepercayaan etnik, pensejarahan baharu, cinta tanah air, dan persoalan pergolakan hidup. Kebanyakannya terungkap dalam gaya persembahan atau teknik penulisan yang biasa, kurang terdapat percubaan memperagakan teknik baharu, khususnya pemikiran yang lebih mendalam dan menarik yang sesuai dengan perkembangan minda, pendidikan dan ilmu pengetahuan pembaca zaman kini.

Kebanyakan karya tersebut dihasilkan dengan gaya konvensional dan kurang melakukan eksperimen dalam penciptaan bentuk, manakala karya yang berunsur eksperimen dalam gaya penulisan tidak diimbangi pula dengan isi karya yang memiliki nilai-nilai positif dan negatif. Kecenderungan kurang melakukan pembaharuan seakan-akan sama seperti berlaku dalam penilaian pada tahun-tahun lepas, iaitu kurang usaha pembaharuan pemikiran, subjek, dan teknik seolah-olah kekayaan kebudayaan tanah air kurang berkembang dalam ciptaan genre novel. Kelemahan bahasa juga kadang kala banyak ditemui. Karya yang sarat dengan ideologi tidak pula diikuti dengan gaya kepengarangan yang berkesan.

Terdapat sejumlah pengarang menggunakan sumber sejarah dan kearifan tempatan bagi memperlihatkan sarwajagat acuan tempatan. Aspek-aspek tersebut diolah dengan gaya imaginasi yang tinggi dan daya kreativiti yang wajar dalam mengungkap dan menganyam peristiwa sehingga terasa seperti seolah-olah benar terjadi; karya sebegini memberikan kesan kepada khalayak pembaca kerana pengolahannya yang kelihatan segar dan asli. Terdapat juga sebahagian karya memaparkan aspek kualiti sastera yang dapat dianggap memberikan kesan dalam dunia pemikiran sastera, dengan menggarap persoalan besar dan sarat dengan ilmu pengetahuan. Peragaan karya sebegini memperlihatkan tahap keilmuan dan pengetahuan yang dimiliki oleh pengarangnya. Kelebihan seumpama ini, sebahagiannya dapat dikesan pada enam buah novel yang disenaraipendekkan untuk pertimbangan peringkat akhir. Novel-novel tersebut ialah :

i. Orang-orang Perang karya Ali Jusoh (ITBM).

ii. Lorong karya Othman Hj. Zainudin (DBP)

iii. Igaukan Igau karya Abang Median Abang Said (DBP)

iv. Pulau Tanpa Cinta karya Jasni Matlani (DBP)

v. Nenek karya Razali Endun (ITBM)

vi. Luka Nering karya Malim Ghozali PK (DBP)

vii. Cakerawati Teluki karya Tuah Sujana (ITBM)

ULASAN KARYA KE PERINGKAT AKHIR

1. Orang-orang Perang karya Ali Jusoh

Novel ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Awang Tepoh bermula sejak kematian ayahnya, dia dibawa belayar ke Tanah Arab bersama Pak Cik Ibrahim. Sejak itu, dia dikenali sebagai Dampo oleh isteri Pak Cik Ibrahim. Pak Cik Ibrahim mempunyai anak bernama Siti Raudhah yang berusia 5 tahun. Sewaktu itu Dampo berusia 12 tahun. Askar-askar Laksamana Zheng He datang ke Arab untuk menangkap lelaki yang boleh memberi khidmat kepada raja Zheng He, itu termasuk Dampo. Dampo dimasukkan ke dalam kurungan bersama banduan-banduan lain. Ada yang mati. Sejak itu, dia berkenalan dengan Si Gemuk dan Si Panjang. Mereka bertiga diberi kepercayaan oleh Laksamana Zheng He untuk berkhidmat di bawah Ang Long, adik tirinya. Mereka bertiga belajar bermain kuda, berperang, belajar pelbagai bahasa, termasuk menemani Laksamana Zhu Di meluaskan pengaruh China ke serata Asia selama bertahun-tahun. Dampo berkahwin dengan Siti Raudhah sewaktu di bawah pengawasan Laksamana Zhu Di selama 3 bulan dan dikurniakan seorang anak lelaki. Dia pulang bersama dua orang rakannya setelah khidmatnya bersama Laksamana Zheng He tamat.

Novel ini memaparkan sejarah pemerintahan zaman Dinasti Ming. Pelbagai gambaran dikemukakan oleh pengarang termasuk kisah perebutan kuasa dan kegemilangan kerajaan Melaka. Banyak persoalan yang dikemukakan oleh pengarang termasuk persoalan ketamakan kuasa, kezaliman dan kebijakan dalam permainan politik.

Pengarang kurang berjaya mengolah peristiwa dengan baik dan menarik. Penceritaan agak meleret-meleret menyebabkan pembaca kurang terkesan dengan mesej dan persoalan yang ingin dikemukakan oleh pengarang.

2. Lorong karya Othman Hj. Zainudin

Novel ini mengisahkan Fatimah dan Idrus berkahwin tanpa restu keluarga. Fatimah dibuang oleh keluarganya. Suatu hari, Idrus pergi ke luar negara selama 3 bulan dan sewaktu itu Fatimah sedang mengandung 2 bulan. Idrus berjumpa dengan ayahnya dengan harapan dia dapat menerima Fatimah tetapi ayahnya menipu Idrus dengan memberi surat yang ditulis oleh Fatimah bahawa dia ingin berpisah dengan Idrus. Idrus terus mempercayainya. Setelah bertahun-tahun, Idrus ingin yang sudah tua ingin pulang untuk mencari Fatimah dan anaknya yang kini telah dewasa. Zakir atau Zakaria kini hidup tanpa arah tujuan dan tidah tahu siapa ibu bapanya. Ini kerana sewaktu dia baru dilahirkan, Fatimah menyerahkan Zakir kepada Mahfuz kerana ingin berkahwin dengan Musa. Akhirnya, mereka bertiga berjumpa sewaktu Idrus membuat persembahan bangsawan. Zakir baru dapat tahu selama dia duduk sebumbung adalah ibu kandungnya.

Plot ceritanya agak mudah. Persoalan yang dikemukakan oleh pengarang juga yang lazim ditemui dalam novel-novel lain, iaitu berhubung persoalan diri. Pengarang gagal untuk mencabar minda pembaca untuk menerokai jauh ke dalam. Hal ini kerana mesej yang ingin disampai oleh pengarang agak mudah.

3. Igaukan Igau karya Abang Median Abang Said

Novel ini mengisahkan Igau, lelaki lambang keberanian, semangat yang kental dan bercita-cita tinggi, berbeza dengan adiknya, Musa yang berkerjaya sebagai guru sekolah. Igau seorang adik kepada Musa yang menyara kehidupan mereka dengan hasil hutan. Igau dikatakan seorang yang gagah perkasa kerana menumpaskan babi hutan. Kehidupan Igau berubah apabila kakinya kudung dilibas buaya dan akhinya meninggal dunia di hospital. Ibunya. Miek Sinan mula hilang kewarasan kerana kehilangan Igau. Sejak itu, ibunya sentiasa teringatkan Igau. Ibunya juga hampir maut kerana dibelit oleh ular sawa. Sejak kematian Igau, Musa melakukan perubahan ke atas kampungnya. Dia meneruskan projek memajukan penanaman kelapa sawit. Miek Sinan menganggap Musa adalah Igau. Musa berharap untuk menggembirakan ibunya biar apapun tanggapan terhadapnya.

Novel ini membawa persoalan kegigihan, perjuangan, dan semangat keberanian. Pasa masa yang sama turut memaparkan kepercayaan anamisme dan orang Islam. Kepercayaan Miek Sinan terhadap kewujudan Igau dalam bentuk pelbagai rupa dan dijamu dengan haiwan yang hidup. Bagi Musa, kepercayaan Islam perlu diteruskan dan orang mati tidak akan bangkit kembali kerana dikunci oleh Yang Maha Esa. Pengakhiran cerita yang memaparkan ibunya hampir ditelan ular sawa yang dipercayainya sebagai jelmaan Igau kelihatan kurang menyakinkan. Penerapan keakrifan budaya dalam sastera etnik sewajarnya kurang dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Di antara budaya tradisi dan modeniti seharusnya saling melengkapi antara satu sama lain.

4. Pulau Tanpa Cinta karya Jasni Matlani

Novel ini mengisahkan perjuangan menegakkan keadilan disebabkan pemerintah yang zalim. Cerita ini menggunakan simbolik seperti serigala merujuk kepada pengikut raja, Tuan Presiden merujuk kepada pemerintah dan Pulau Pandora merujuk kepada rakyat. Novel banyak mengetengahkan peristiwa yang digarap secara halus yang mengkritik pemerintahan yang zalim, pengikut pemerintah yang sentiasa tunduk sama ada perkara itu betul atau salah, ulama yang tidak layak dipanggil ulama kerana takut bersuara dan penduduk yang terpaksa mengharungi kepayahan hidup kerana pemerintah.

Misalnya, tuan presiden mengaut emas dari pohon walhal pohon itu kepunyaan penduduk Pandora. Cerita ini turut menggarap kezaliman pemerintah yang menghukum orang yang bersalah dan membiarkan maksiat berlaku dalam masyarakat. Misalnya, memandang sebelah mata apabila melihat laki dan perempuan berpelukan. Secara keseluruhan, novel ini menceritakan politik yang berlaku dalam masyarakat kini yang pernah berlaku pada zaman dahulu. Pengajaran di sini menunjukkan sejarah perlu difahami dan dihayati untuk elak perkara sama berlaku pada masa akan datang. Namun perkara sebaliknya berlaku di pulau Pandora apabila pemerintah terlalu mengagungkan kuasa sehingga membunuh orang yang tidak berdosa. Novel ini agak mencabar minda pembaca kerana digarap dengan penuh simbolik. Pembaca terpaksa memahami simbol-simbol yang dikemukakan oleh pengarang. Persoalan yang dikemukakan juga menarik kerana pengarang turut mengkritik kezaliman dan pemerintahan kuku besi. Bagaimanapun struktur ceritanya berlapis-lapis dan di luar logika rasional manusia yang boleh mengelirukan pemahaman pembaca.

5. Cakerawati Teluki karya Tuah Sujana

Novel ini mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kampus yang penuh emosi. Watak 'aku' yang berada di kedai gunting rambut teringat kembali jalan kehidupannya sewaktu berada di kampus ketika melanjutkan pelajaran di Jepun. Watak 'aku' menjalankan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakannya di kampus. Watak 'aku' semasa itu selalu berada dalam keadaan yang penuh emosional dan semangat ketika mengerjakan apa jua perkara sepanjang berada di kampus; umpamanya, melakonkan babak di atas pentas, berpegang teguh pada falsafah atau lainnya. Jalan ceritanya pula terjalin secara mudah dan kurang mencabar minda pembaca untuk menyelami perutusan dan persoalan yang ingin dikemukakan oleh pengarang.

6. Nenek karya Razali Endun

Novel ini mengisahkan dunia politik secara realiti yang berlaku dalam masyarakat kini. Bermula dengan kisah Mahfus yang bekerja sebagai pegawai pejabat tanah. Kehidupannya sederhana sehinggalah dia diberi rasuah sebanyak RM10,000.00 oleh Tan Sri Dahan untuk membuat pengambilan balik tanah di kampungnya untuk dibuat pembangunan. Kehidupannya bertukar menjadi kaya dan diberi sebuah banglo. Dia mendapat gelaran Dato'. Megat Dewa membantu Mahfus untuk melaksanakan pengambilan tanah itu. Megat Dewa mempunyai muslihat lain untuk menjadi wakil rakyat, seperti mengumpan RM500 setiap seorang, memberi pakej umrah secara percuma iaitu ditanggung penuh dan sebagainya.

Ibunya, Mak Som membantah tindakan anaknya. Mak Som membuat aduan kepada kerajaan mengenai harga pampasan sebanyak RM25.00 sekaki. Dia dan beberapa orang penduduk kampung hadir di mahkamah dan hakim memutuskan pampasan sebanyak RM4.00 sekaki. Bagi Mak Som, orang yang tidak mempunyai tanah dipanggil bangsat. Mak Som meninggal secara mengejut di atas sejadah yang disedari oleh cucunya, Razlan yang tergerak hati untuk melawat Mak Som. Setelah kematian ibunya, Dato' Mahfus teringat akan pesan ibunya untuk kembali ke jalan yang betul. Dato' Mahfus berjumpa dengan Tan Sri Dahan dan berterus terang dengannya, tetapi diperangkap oleh Tan Sri dengan gambar Mahfus menerima rasuah. Dato' Mahfus terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta atas melakukan pecah amanah. Dia telah dipergunakan oleh Tan Sri dan Megat Dewa atas kepentingan diri masing-masing. Akhirnya, pembangunan dibangunkan dengan pesat sehingga orang Melayu tidak mampu membeli dan menyewa kerana harga melambung tinggi. Waktu itu Tipah Lawa yang menjadi kegilaan ramai penduduk kampung memilih untuk berkahwin dengan Tan Sri Dalan. Tidak ada sesiapa yang seberani Mak Som untuk mempertahankan kampung tersebut. Tan Sri dan Megat Dewa yang ingin menjadi wakil rakyat tidak kesampaian kerana diambil oleh orang Tionghua, Mr Chu.

7. Luka Nering karya Malim Ghozali Pk

Novel ini mengisahkan tentang seorang pewaris takhta raja bernama TC, yang berada di sebuah rumah sakit jiwa. Ia tidak menceritakan kisah kehidupan awalnya yang membawanya ke rumah sakit jiwa tersebut; juga, tidak dijelaskan watak utama mempunyai sakit mental. Semasa berada di situ, dia memenuhi kehidupannya dengan rakan-rakannya dan pekerja di situ seperti Sister Yuria, Gina dan Arbakyah. Di samping itu dia juga digambarkan sebagai sentiasa mengelamun dan teringat sejarah kehidupan lamanya; umpamanya, dia berdebat dengan seorang pensyarah di London untuk membetulkan fakta sejarah yang seharusnya ditulis oleh bangsa Melayu itu sendiri dan bukannnya bangsa Eropah yang lebih berkecenderungan untuk menghina orang Melayu dan memegang kata-kata "the one who wins will write the history". TC akhirnya dapat melestarikan hasratnya dengan membina masjid di tapak pertempuran ramai askar-askar dan pahlawan-pahlawan Melayu yang gugur di medan perang.

Novel ini lebih berfokuskan di rumah sakit jiwa untuk menggambarkan diri TC sebagai watak utama yang lebih banyak terimbau kenangan yang berkaitan dengan dirinya dan sejarah-sejarah lampau seperti dia berdebat dengan Osborne, pegawai Inggeris yang mementingkan kuasa dan memanipulasikan orang-orang besar dengan memutarbelitkan cerita yang sebenar kepada orang besar di istana. Novel ini turut memaparkan kisah sejarah lampau; antaranya tentang Perjanjian Pangkor 1874 yang banyak merugikan bangsa dan raja-raja Melayu. Namun, penceritaannya ada ketika turut memperlihatkan ketidaklojikan; misalnya, penceritaan tentang TC yang boleh mengingati kisah lampau sedangkan beliau mengidapi sakit mental. Ini merupakan antara kelemahan paling ketara terlihat pada ciptaan novel yang agak tebal ini.

ULASAN PENILAIAN PEMENANG

Pengarang melakukan kritikan akan landskap pembangunan dan modeniti yang tidak terkawal mengakibatkan masyarakat mereka sendiri terpinggir dalam arus pembangunan. Malah telah mengubahkan bentuk landskap politik Melayu dalam jangka masa panjang. Novel ini memperagakan nilai warisan tradisi Melayu dan aspek kearifan tempatan. Hal ini dihidupkan oleh gambaran betapa pelancong dari luar negara amat menghargai estetika seni anyaman tikar Melayu dan seni bina rumah Melayu, namun selain nenek, orang lain termasuk anaknya sendiri tidak menghargai seni tradisi Melayu. Malah, cuba merendah-rendahkan warisan bangsa mereka sendiri. Aspek gotong royong yang dahulunya merupakan amalan tradisi tradisi kini berubah berbentuk komersil. Hal ini mencerminkan perubahan nilai masyarakat. Kematian watak Nenek merupakan satu simbol kepudaran warisan dan nilai Melayu.

Novel ini memperlihatkan sikap segelintir manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Sikap rakus ini merupakan gambaran realiti masyarakat kini yang tamak dan sanggup menggadai maruah diri sendiri. Pengarang memperlihatkan kedalaman subjek yang ditulisnya. Aspek penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang merupakan realiti politik dalam masyarakat kini diperincikan dalam gaya penceritaan yang terasa hidup dan benar. Novel ini juga menerokai permasalahan-permasalahan politik, ekonomi dan sosial bangsa Melayu, terutama tentang permasalahan-permasalahan kemunduran mereka yang disebabkan oleh sikap buruk mereka sendiri seperti hasad dengki, perpecahan, pentingkan diri, kurang keyakinan diri dan ketandusan visi.

PANEL PENILAI

Prof. Dr. Dato' Hashim Awang
Prof. Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan
Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi

dewan sastera 

<b>Novel</b> analysis helped narrow <b>Malaysian</b> jet search (Update)

Posted: 25 Mar 2014 04:50 AM PDT

Novel analysis helped narrow Malaysian jet search (Update)
March 25, 2014 by Justin Pritchard
Novel analysis helped narrow Malaysian jet search
In this Monday, March 24, 2014 photo, crewmen on board an RAAF AP-3C Orion aircraft look at their radar screens whilst searching for missing Malaysia Airlines Flight MH370 over the Indian Ocean. After 17 days of desperation and doubt over the missing Malaysia Airlines jet, Malaysian officials on Monday said an analysis of satellite data points to a "heartbreaking" conclusion: Flight 370 met its end in the southern reaches of the Indian Ocean, and none of those aboard survived. (AP Photo/Richard Wainwright, Pool)

Investigators are closer to solving an international aviation mystery thanks to a British communications satellite and classroom physics.

An analysis of faint signals sent from Malaysia Airlines Flight 370 to an Inmarsat satellite led officials to conclude the plane crashed in a remote area of the southern Indian Ocean. More precise information about the plane's position when it sent the last signals is helping authorities refine the search being undertaken by planes and ships in seas 2,500 kilometers (1,550 miles) southwest of Perth, Australia. Investigators had little to examine otherwise because other communications were lost early in the flight March 8.

THE TIMING

Even with other communications shut down, the plane sent an automatic signal—a "ping" or a "handshake"—every hour to an Inmarsat satellite. Flight 370 completed six pings, and the time each took to be sent by the plane and received by the satellite showed the plane's range from the satellite, according to the U.K. Air Accidents Investigation Branch. This initial analysis showed the last ping came from a position along one of two vast arcs north and south from the Malaysian Peninsula.

DOPPLER EFFECT

Think of a horn being honked in a passing car. To an observer, the sound is high pitched as the car approaches and is lower after the car passes. On approach, each successive sound wave is sent from a slightly closer position to the observer. The sound waves get compressed, resulting in a higher frequency. The opposite happens as the car moves away. It's called the Doppler effect for Austrian physicist Christian Doppler, who put forward the theory in 1842.

The same effect applies to the pings, which would arrive to the satellite at a higher frequency if the plane was moving toward the satellite and decrease in frequency when moving away.

For the analysis that led to Monday's conclusion the plane had crashed, Inmarsat studied the satellite communications made while the plane was on the ground at Kuala Lumpur airport and early in its flight.

Novel analysis helped narrow Malaysian jet search

In this Monday, March 24, 2014 photo, a crewman of an RAAF AP-3C Orion aircraft loads a sonar buoy that will mark the location of any wreckage found whilst searching for missing Malaysia Airlines Flight MH370 over the Indian Ocean. After 17 days of desperation and doubt over the missing Malaysia Airlines jet, Malaysian officials on Monday said an analysis of satellite data points to a "heartbreaking" conclusion: Flight 370 met its end in the southern reaches of the Indian Ocean, and none of those aboard survived. (AP Photo/Richard Wainwright, Pool)

It considered aircraft performance, the satellite's fixed location and other known factors. By knowing how the Doppler effect would apply to the satellite communications, Inmarsat could calculate the possible positions, direction of travel and speed of the plane.

The company then compared its predictions to six other Boeing 777 aircraft that flew the same day, and found good agreement, according to Malaysian Defense Minister Hishammuddin Hussein. Inmarsat did not respond to repeated requests for comment from The Associated Press.

"By analyzing that you can determine speed and direction," said Joseph Bermudez Jr., chief analytics officer and co-founder of AllSource Analysis, a commercial satellite intelligence firm. And by determining the area from which the last signal was sent, then estimating fuel left, it "could give you an approximate area of where the aircraft impacted."

MORE ANALYSIS

Inmarsat sent its data to investigators days after the plane went missing. But it continued to run its own analysis to see if it could wring out any more clues.

The company's engineers were dealing with a "totally new area," Chris McLaughlin, senior vice president of external affairs at Inmarsat, told the BBC. "This really was a bit of a shot in the dark." However, the latest information could only go so far in pinpointing the jet's location.

"We can't help you with any closer data," he said.

Gregory D. Durgin, a professor who teaches satellite communications at the Georgia Institute of Technology, said that because Inmarsat was using a different kind of satellite in a novel way, he expects it would locate the last ping from the Malaysia Airlines lane within "around 100 miles (161 kilometers) of precision."

THE COMPANY

Inmarsat Plc started out in 1979 as an intergovernmental organization with the aim of helping ships communicate while at sea. It became a private company in 1999 and listed its shares in London in 2005. Customers now include governments, airlines, broadcast media, oil and gas companies, aid agencies as well as merchant shipping. They use hand-held satellite phones, laptop size Internet devices and antennas linked to the company's 10 satellites to communicate.

Explore further: Search for missing jet expands toward Indian Ocean

© 2014 The Associated Press. All rights reserved.

More from General Engineering

Related Stories

Search for missing jet expands toward Indian Ocean

March 14, 2014

The international search for the missing Malaysian jetliner expanded westward Friday toward the Indian Ocean amid signs the aircraft may have flown on for hours after its last contact with air-traffic control nearly a week ...

Malaysian official says missing plane hijacked

March 15, 2014

A Malaysian investigation into the missing flight 370 has concluded that one or more people with flying experience switched off communications devices and deliberately steered the airliner off-course, a Malaysian government ...

Three pieces of evidence point to jet's takeover

March 16, 2014

There are three pieces of evidence that aviation safety experts say make it clear the missing Malaysia Airlines jet was taken over by someone who was knowledgeable about how the plane worked.

Thailand gives radar data 10 days after plane lost (Update)

March 18, 2014

Thailand's military said Tuesday that its radar detected a plane that may have been Malaysia Airlines Flight 370 just minutes after the jetliner's communications went down, and that it didn't share the information with Malaysia ...

Thai radar adds possible clue to trace jet's route

March 19, 2014

New radar data from Thailand gave Malaysian investigators more potential clues Wednesday for how to retrace the course of the missing Malaysian airliner, while a massive multinational search unfolded in an area the size of ...

Malaysian plane drama fuels aviation security rethink

March 23, 2014

As the hunt for Malaysia Airlines Flight 370 enters a third week, the piecemeal returns from one of the most intense, international searches in living memory have delivered a public and institutional shock that could force ...

Recommended for you

Automatic programming makes swarm robots safer and more reliable

February 25, 2016

Researchers from Sheffield Robotics have applied a novel method of automatically programming and controlling a swarm of up to 600 robots to complete a specified set of tasks simultaneously.

Massive, speedy robots ready to build composite wings for Boeing 777X

February 25, 2016

Inside a new building just west of Paine Field in this Seattle-area city, a team of young engineers recently gave outsiders the first glimpse at a technological advance critical to the future of airplane making in the Puget ...

Internet by light promises to leave Wi-Fi eating dust

February 23, 2016

Connecting your smartphone to the web with just a lamp—that is the promise of Li-Fi, featuring Internet access 100 times faster than Wi-Fi with revolutionary wireless technology.

Common software would have let FBI unlock shooter's iPhone

February 21, 2016

The county government that owned the iPhone in a high-profile legal battle between Apple Inc. and the Justice Department paid for but never installed a feature that would have allowed the FBI to easily and immediately unlock ...

Lockdown: Apple could make it even tougher to hack Phones

February 24, 2016

Suppose the FBI wins its court battle and forces Apple to help unlock an iPhone used by one of the San Bernardino killers. That could open all iPhones up to potential government scrutiny—but it's not the end of the story.

Smartphones to replace cards at bank machines

February 21, 2016

Here's another use for the smartphone as it invades daily life: in place of your debit card at your bank cash machine.

0 comments

Please sign in to add a comment. Registration is free, and takes less than a minute. Read more

Click here to reset your password.
Sign in to get notified via email when new comments are made.

Click here

to reset your password.

Sign in to get notified via email when new comments are made.

<b>Novel</b> Jian Petanda Kemunculan Raja SaiFai <b>Malaysia</b> | Pena SaiFai

Posted: 17 Jan 2016 09:37 PM PST

jian

Tajuk Buku: Jian
Pengarang: Muhammad Fadli Al-Akiti
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbitan: 2004
Halaman: 238 halaman

Jika Rahmat Haroun dikenali sebagai Bapa SaiFai Malaysia maka Muhammad Fadli Al-Akiti bolehlah digelarkan sebagai Raja SaiFai Malaysia.

Novel Jian, yang merupakan novel sulungnya, menghuraikan punca berlakunya beberapa kejadian misteri di sebuah daerah bernama Jian yang terletak di Pahang. Ia bermula pada tahun 1984 di mana dua belas orang penyelidik yang menjalankan penyiasatan saintifik rahsia di hutan belantara Pahang telah mengalami suatu tragedi mengerikan.

Hanya seorang sahaja penyelidik yang terselamat iaitu Dr. Mohd Fuad Osman. Selang tiga belas tahun kemudian, beberapa pakar saintis yang terdiri daripada Dr. Razak, Dr. Lim, Dr. Amrin dan Dr. Leon kembali ke perkampungan Jian untuk menyiasat punca kemalangan itu.

Konflik berlaku apabila Dr. Amrin dan Dr. Leon mendapat jemputan daripada Tuk Imam Azhar, salah seorang penduduk kampung untuk melihat keadaan Akob, anak kepada Tuk Mat. Akob berada dalam keadaan menyedihkan kerana terpaksa diikat dari dada hingga ke pinggang pada tiang rumah Tuk Imam Azhar. Muka Akob kuning pucat dan mukus mengalir dari celah rongga hidung dan mulutnya. Dia juga sering meracau, bercakap benda-benda mengarut, ketawa sendiri dan histeria tidak tentu arah.

Menurut Tuk Imam Azhar, penyakit pelik dan ganjil yang menyerang Akob bermula apabila dia terjumpa sesuatu di dalam hutan dan membawa masuk barang itu ke dalam kilang sabun tempat dia bekerja. Tidak lama kemudian, Akob mula mengamuk sehingga menyebabkan dua orang pekerja kilang terkorban. Perilaku Akob yang terlalu ganas menyebabkan dia disisihkan ahli keluarganya. Mujurlah keluarga Tuk Imam Azhar sudi menawarkan bantuan untuk menjaga Akob yang menderita.

Pak Busu, ketua kampung Jian berasa kurang senang dengan kehadiran doktor-doktor ini. Dia menyimpan dendam peribadi pada golongan doktor kerana membiarkan anaknya mati di hospital, biar pun anaknya sendiri menghidap barah paru-paru kerana tegar merokok. Pak Busu juga tidak mahu rahsia kejadian aneh di Kampung Jian diketahui ramai, maka dia berusaha menghasut penduduk kampung untuk mengusir keempat-empat doktor ini.

Dr. Razak, Dr. Lim, Dr. Amrin dan Dr. Leon mengkaji cecair kuning yang mengalir dari tubuh Akob. Mereka mendapati ciri-ciri mikroorganisma di dalamnya menyerupai bentuk virus yang boleh mengganggu sistem saraf. Kemudian mereka diberitahu bahawa terdapat sebuah makmal terbiar berdekatan dengan perkampungan ini. Penyiasatan dijalankan dan mereka mula menemui bukti-bukti kejadian ngeri yang pernah berlaku di dalam makmal itu 13 tahun yang lampau.

Keadaan menjadi bertambah genting apabila Akob tiba-tiba melolong dan menjadi bertambah ganas. Dia tidak sempat diselamatkan dan akhirnya meninggal dunia. Tambah mengejutkan, mayat dua orang rakan kilang Akob yang dikatakan telah mati kini muncul semula dan menggemparkan penduduk kampung. Bagaimana kedua-dua mayat ini boleh hidup semula? Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke kawasan kampung itu?

Kemunculan semula Dr. Mohd Fuad Osman ke kampung Jian menambahkan lagi suasana misteri yang menyelubungi. Babak-babak akhir novel ini menyajikan beberapa siri kejutan yang tidak terduga, antaranya pengkhianatan yang terjadi di kalangan doktor-doktor itu serta perubahan mendadak yang berlaku kepada penduduk kampung.

Apakah yang menyebabkan perubahan itu? Siapakah dalangnya? Bagaimanakah mereka hendak menyelesaikan segala kekalutan yang melanda? Kesemua ini akan terjawab apabila anda membaca novel sains fiksyen bertajuk Jian ini.

Penulis buku ini, Muhammad Fadli Al-Akiti berjaya mewujudkan kisah yang lengkap dengan unsur misteri, saspens dan keterujaan.

Terdapat beberapa adegan yang diceritakan dengan cukup baik sehingga pembaca terasa seperti berada sendiri di tempat itu. Ada juga beberapa kisah mengenai perlakuan penduduk kampung yang melucukan sehingga membuatkan pembaca tidak kering gusi.

Secara keseluruhan, novel ini merupakan bahan bacaan yang baik, sarat dengan muatan ilmu dan sesuai untuk semua golongan terutama sekali bagi mereka yang gemarkan fiksyen sains.

© 2014. Design by Blogger